Kepada semua ahli Umno Manek Urai,
diharapkan semua ahli melupakan sengketa lama, dan kembali kepada perjuangan kita untuk memenangi PRK Dun Manek Urai ini. Kita sama-sama membina kemenangan untuk masa depan anak cucu kita. Jangan ada kerat mengerat antara kita. Jangan ada cah genting, bukus, dan macam-macam lagi benda hok buleh menjatuhkan parti kita. Saya selaku ore muda berharap kita semua sama-sama bangun gi "Perang" habis-habisan. Kita tenggelamkan cerita karut puak-puak lawan. Kita sama-sama tolak penipuan, bangunkan kebenaran.
Monday, June 29, 2009
Sunday, June 28, 2009
Tuan Aziz Tuan Mat calon BN di Manek Urai
KUALA KRAI: Ketua Pemuda Umno Bahagian Kuala Krai, Tuan Aziz Tuan Mat, 39, diumumkan sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilhan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai.
Pemilihan beliau yang juga pegawai kanan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar), diumumkan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Pusat Operasi BN manek Urai, sebentar tadi.
Jumaat lalu, Pas mengumumkan pemilihan peraih ikan yang juga Bendahari Pas kawasan Kuala Krai, Mohd Fauzi Abdullah, sebagai calonnya.
Sebelum ini, Timbalan Presiden Angkatan Kemajuan Insan Malaysia (Akim), Zakaria Salleh, turut mengumumkan hasrat bertanding di kerusi berkenaan tetapi semalam, Presidennya, Hanafi Hamat turut menyatakan hasrat sama.
Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 6 Julai sebagai hari penamaan calon dan jika ada pertandingan, pengundian ditetapkan pada 14 Julai.
(Sumber: Berita Harian; 28.6.2009)
Tuan Aziz Tuan Mat Pilihan Rakyat Manek Urai.
Tahniah Tuan Aziz.
Setelah diamati harapan rakyat Manek Urai, ternyata pihak Umno pusat memang bijak dan tepat sekali mengumunkan Tuan Aziz calon BN PRK Manek Urai. Walau apa pun desas desus yang berkumandang selama ini, ada yang baik dan ada yang buruk. Harapan dan impian rakyat Manek Urai telah tercapai. Terima kasih Umno Pusat. Perjuangan jentera BN Manek Urai akan menjalankan tugas sekuat-kuat habisan, bab kata orang Kelantan "Kita Cawat Kote Kali Ni".

Subscribe to:
Comments (Atom)